Tuesday, August 7, 2012

Ya Tuhanku, ampuni aku.
Rahmati aku.
Tutuplah aib-aibku.
Angkatlah darjatku.
Berilah aku rezeki.
Berilah aku petunjuk.
Sihatkan aku.
MAAFKAN AKU.

Monday, August 6, 2012

I'm back! Aku kembali disini. Blog yg dah lama aku tinggalkan. Agak ironi bila aku mula menulis blog ini pada tahun 2009 daripada inspirasi lagu Aweera Ku Disini, kini aku kembali menulis sambil diiringi lagu Andai Ku Bercinta lagi oleh Mojo, band yg vokalisnya adalah Aweera.

Last update blog ini Dec 6, 2011. Perghhh! Agak lama! Harini Aug 6, 2012 (kenapa nak 6hb gak? Rahsia Allah. Dia yg tentukan) Dalam tempoh ini, macam-macam perkara berlaku. Ada mAnis, pahit, tawar, masin, masam, manis balik, pahit kembali, dan secukup rasa. Itulah warna-warna kehidupan atau lebih tepat rasarasarasa dalam kehidupan yg aku lalui. Perbagai dugaan yg aku hadapi.

Alhamdulillah, harini genap 17 hari kami umat Islam di Malaysia berpuasa. Syukur juga kerana aku masih tidak lagi "terkantoi" walaupun sehari. Semoga aku terus diberikan kekuatan untuk menghadapi Ramadan kali ini dan moga ibadah puasaku diterima Allah s.w.t.

Banyak perkara yg ingin aku tulis sebenarnya, tetapi aku tidak tahu dimana aku patut mulakan. Mungkin jika dizinkanNya, aku akan menulis lagi disini. InsyaAllah.. Akhir sekali salam Nuzul Al-Quran buat semua.:)

+Apabila kamu diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan, Janganlah kamu cepat down & bersedih. INGAT! Allah uji kita sebab Allah SAYANG :)




Sunday, August 5, 2012



Andai Ku Becinta Lagi by Mojo


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini


Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati